awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlanggar kera, penghantar surat maut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/03/2021
04:41 MYT
Terlanggar kera, penghantar surat maut
Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lenggong namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. - Foto pembaca Astro AWANI
LENGGONG: Seorang penghantar surat maut selepas motosikalnya terlanggar seekor kera di Kilometer 37.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mangsa, Ahmad Dzulkifli, 34, yang beralamat di Kampung Bukit Sapi, di sini, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 5.20 petang mengenai kemalangan jalan raya di jalan besar Banggol Belimbing melibatkan sebuah motosikal.
Seekor kera yang tiba-tiba melintas jalan dikatakan menyebabkan kemalangan itu. - Foto pembaca Astro AWANI
Seekor kera yang tiba-tiba melintas jalan dikatakan menyebabkan kemalangan itu. - Foto pembaca Astro AWANI
“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai terlanggar seekor kera yang keluar melintas jalan dengan tiba-tiba dari arah kanan ke kiri.
“Mangsa dipercayai telah tercampak di atas jalan raya dan dihantar ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk rawatan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kata Zulkifli , mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.55 petang hari yang sama.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#kera
#penghantar surat
#Zulkifli Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan