MALAYSIA
Terlepas hukuman gantung, mekanik peluk ibu
Mohd Faizal (kanan) memeluk erat ibunya sebaik dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik memeluk erat ibunya selepas terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Ringkasan AI
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh, Mohd Faizal Mazlan, 35.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Faizal didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 19.98 gram di hadapan sebuah rumah teres di Kampung Paya Beril, Paka, Dungun jam 6.30 petang pada 3 November 2022.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Peguam bela tertuduh, Mohd Azrul Hasyimi Mohd dalam hujahannya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bungkusan yang dirampas kerana ia dihantar melalui perkhidmatan kurier atas nama penerima lain.
Tambah beliau, parcel tersebut turut memaparkan nombor telefon yang bukan milik tertuduh manakala pihak pendakwaan juga gagal menjelaskan siapa penghantar bungkusan berkenaan dan status hubungannya dengan tertuduh.
"Adalah tidak adil untuk anak guam saya dipertanggungjawabkan terhadap barangan yang jelas bukan miliknya," katanya dalam hujahan tersebut.
Mahkamah kemudian memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohd. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi bebaskan Mohd Faizal Mazlan, 35, daripada pertuduhan mengedar heroin 19.98 gram selepas pendakwaan gagal buktikan kes prima facie.
- Peguam bela hujah parcel dadah bukan milik tertuduh, dihantar melalui kurier atas nama penerima lain dan nombor telefon bukan kepunyaannya.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh, Mohd Faizal Mazlan, 35.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Faizal didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 19.98 gram di hadapan sebuah rumah teres di Kampung Paya Beril, Paka, Dungun jam 6.30 petang pada 3 November 2022.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Peguam bela tertuduh, Mohd Azrul Hasyimi Mohd dalam hujahannya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bungkusan yang dirampas kerana ia dihantar melalui perkhidmatan kurier atas nama penerima lain.
Tambah beliau, parcel tersebut turut memaparkan nombor telefon yang bukan milik tertuduh manakala pihak pendakwaan juga gagal menjelaskan siapa penghantar bungkusan berkenaan dan status hubungannya dengan tertuduh.
"Adalah tidak adil untuk anak guam saya dipertanggungjawabkan terhadap barangan yang jelas bukan miliknya," katanya dalam hujahan tersebut.
Mahkamah kemudian memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohd. -- Sinar Harian

#mekanik dilepas
#terlepas hukuman gantung
#Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
#mohd faizal mazlan
#kes prima facie