Terminal feri baharu di sini yang juga menempatkan Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bagi kemasukan feri dan penumpang antarabangsa akan beroperasi pada 5 Dis ini, kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil.
Beliau berkata pengoperasian serta jeti untuk feri dan penumpang antarabangsa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau yang terletak kira-kira 500 meter dari bangunan terminal feri baharu itu akan ditutup.
"Semua kapal dan penumpang dari Nunukan dan Tarakan Indonesia akan berlabuh di CIQ baharu," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, CIQ lama pula akan digunakan untuk menerima kemasukan bot dan penumpang domestik dari Pulau Sebatik.
"Semua kawasan pelabuhan domestik lain termasuk di Batu-Batu ditutup selepas CIQ baharu beroperasi," katanya lagi.
Selain itu, Alijus berkata kerajaan negeri komited menyiapkan projek terminal baharu bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Tawau dan pengguna antarabangsa.
"Pewujudan CIQ baharu ini dijangka dapat menambah kemasukan penumpang antarabangsa ke Tawau serta peningkatan kemasukan feri dari Tarakan dan Nunukan di masa hadapan," katanya.
Mengenai rungutan berkaitan CIQ lama, beliau yakin masalah kelewatan feri untuk berlabuh dapat ditangani apabila empat kawasan feri berlabuh dibuka berbanding hanya dua sebelum ini.
"Fokus kami terhadap CIQ baharu, bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan lebih baik dari sebelumnya.
Bagi mengelak perkara itu tidak berulang, kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga akan memperkemaskan jadual kemasukan kapal supaya lebih teratur dan mengambil kira persediaan anggota imigresen dan kastam yang bertugas di terminal itu," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Imigresen Daerah Tawau, Noraini Rasi yang ditemui berkata, buat sementara waktu, lapan anggotanya akan ditugaskan di terminal baharu itu.
"Penambahan anggota bertugas di terminal itu akan diselaraskan secara berperingkat mengikut keperluan dan kesesuaian dengan perjawatan anggota yang berkhidmat di Tawau," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2016
Semua kapal dan penumpang dari Nunukan dan Tarakan Indonesia akan berlabuh di CIQ baharu. Gambar wikipedia
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Terminal feri baharu Tawau beroperasi mulai 5 Dis ini
Terminal feri baharu di sini yang juga menempatkan Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bagi kemasukan feri dan penumpang antarabangsa akan beroperasi pada 5 Dis ini, kata Presiden Majlis Perb