awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas

Bernama
Bernama
20/12/2024
08:13 MYT
Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Operasi feri telah ditingkatkan kepada sembilan bermula hari ini hingga minggu depan bagi menampung lonjakan jumlah pengembara. - Bernama
LABUAN: Menjelang perayaan Krismas, ditambah dengan musim cuti sekolah, Terminal Feri Roll-On Roll-Off (Ro-Ro) Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan sibuk dan sesak dengan kehadiran penumpang tempatan serta pelancong, khususnya mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak.
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.
Labuan Point Enterprise Sdn Bhd, syarikat pengurusan tiket yang mengendalikan perkhidmatan feri MV Joy Star, MV Kimanis 1, MV Putrajaya 1 dan MV Goodwill Star, memaklumkan permintaan terhadap tiket amat menggalakkan sejak jualan dibuka sebulan lepas bagi memenuhi keperluan sempena musim perayaan.
Pengurusnya Robert Ling ketika ditemui Bernama berkata operasi feri telah ditingkatkan iaitu daripada empat perjalanan sehari kepada sembilan bermula hari ini hingga minggu depan bagi menampung lonjakan jumlah pengembara.
Beliau berkata usaha berkenaan bagi memastikan perkhidmatan feri berjalan lancar dari pagi hingga 8 malam sekali gus mengurangkan kesesakan di terminal.
Ling sehubungan itu, menasihati pengembara supaya merancang perjalanan mereka sebaiknya dan tiba di jeti lebih awal bagi memastikan proses menaiki feri berjalan lancar berikutan jumlah pengembara yang tinggi.
Bagi mengendalikan operasi dengan lebih cekap, pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk menambah bilangan petugas dan memperkemas proses jualan tiket.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terminal feri
#Labuan
#Krismas
#penumpang
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan