awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Termometer tidak boleh menjerit, SOP peruncitan dipinda - Uggah

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2020
10:43 MYT
Termometer tidak boleh menjerit, SOP peruncitan dipinda - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut memaklumkan mengenai kebenaran beroperasi bagi pusat tuisyen dan tadika di zon hijau mulai 17 November. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membuat pindaan Prosedur Operasi Standard SOP bagi sektor peruncitan untuk Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media harian di Kuching, hari ini.
Jelas Uggah SOP yang berkuatkuasa mulai 18 November 2020 melibatkan pemantauan rapi proses mengambil suhu badan pengunjung kedai runcit yang agak longgar sebelum ini.
"Termometer tidak boleh menjerit.
"Jadi tiada rekod. Oleh itu, pastikan bahawa termometer itu dipantau. Itulah jenis SOP yang ingin kami perbaiki di kedai runcit," ujar Uggah.
Dalam sidang media berkenaan Uggah turut memaklumkan mengenai keputusan JPBNS berhubung pembukaan semula pusat tuisyen dan tadika di zon hijau.
Jelasnya semua pusat tuisyen dan tadika di zon berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 17 November ini. Bagaimanapun pihak pengusaha perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan.
Sementara itu Sarawak hari ini mencatatkan hanya satu kes positif COVID-19 melibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia empat tahun.
Kes direkodkan di Miri dan mempunyai kaitan dengan kontak positif di bawah Kluster Greenhill.
Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kanak-kanak
#PKPP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPB
#kes positif
#SOP
#Kuching
#Miri
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#JPBNS
#Douglas Uggah Embas
#Kluster Greenhill
#tuisyen
#taska
#kedai runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan