BACHOK: Menternak lalat mungkin sesuatu yang pelik dalam masyarakat namun dalam bidang akuakultur, lalat askar hitam atau larva Black Soldier Fly (BSF) boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan.
Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sosial Universiti Malaya (UM) dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata berdasarkan kajian dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.
"Larva lalat akan diambil dan dikumpulkan untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet), juga ia berguna untuk ternakan kerana mengandungi protein tinggi.
"Pengurangan kos membeli makanan seperti palet dapat diatasi menerusi penjimatan nilai yang tidak mahal iaitu RM10 untuk satu gram telur. Telur ini pula boleh dikitar semula sehingga memperoleh hampir tiga kilogram larva," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Menariknya, Norhidayah berkata kitar hidup larva BSF atau nama saintifiknya, Hermetia Illucens, adalah dalam lingkungan 45 hari bermakna apabila larva itu dibela dalam tempoh 15 hingga 18 hari, hasilnya sudah boleh dituai.
"Proses penternakan ini bergantung kepada kawasan yang kita ada di mana terdapatnya sisa organik bersesuaian dan prosesnya sangat mudah. Contohnya, letak larva BSF lebih kurang satu gram di dalam sebuah besen bersama sisa makanan dan biarkan ia membesar sehingga prapupa yang bersaiz hampir satu inci.
"Pada masa ini ia sudah boleh dituai untuk menjadi makanan ikan atau ternakan lain. Larva ini mudah membiak, bersih, bukan bawaan vektor penyakit dan tidak berbahaya kepada manusia," katanya.
Jelasnya, BSF juga menguraikan sisa bahan organik seterusnya larva boleh dijadikan bahan makanan ayam serta hasil buangan BSF pula dijadikan kompos (baja) manakala bagi ternakan ikan, tepung BSF sesuai dimasukkan dalam adunan palet yang mempunyai formulasi tersendiri.
Norhidayah berkata spesies BSF itu boleh dijumpai hampir di seluruh dunia dan senang membiak serta cuaca panas di Malaysia sangat sesuai untuk pembiakan larva lalat tersebut.
"Penggunaan larva BSF sudah beberapa tahun dikembangkan di Selangor, namun di Kelantan ia masih belum diperluaskan lagi penternakannya," tambahnya.
Sehubungan itu, pihaknya dengan kerjasama sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin Ain Aquaculture Sdn Bhd di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa akan mengadakan bengkel serta kursus khas kepada masyarakat setempat yang berminat dengan penternakan larva tersebut. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Apr 10 2021
Larva lalat akan diambil dan dikumpulkan untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet), juga ia berguna untuk ternakan kerana mengandungi protein tinggi. - Gambar fail/Bernama
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan
Kajian menunjukkan BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.