Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad

Astro Ulagam
April 15, 2019 07:01 MYT
Natshatra dan Divyaa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya itu dilihat buat kali terakhir berdekatan dengan Kondominium Maxwell Towers di Gasing Indah. Foto - Facebook/Shanti Theshaja.
DUA gadis remaja Natshatra Navanita, 15, dan Divyaa Munian, 16,dilaporkan hilang sekitar 11.40 malam sejak Ahad lalu.
Natshatra dan Divyaa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya itu dilihat buat kali terakhir berdekatan dengan Kondominium Maxwell Towers di Gasing Indah.
Menurut ibu Natshatra, Shanti Theshaja, sebelum hilang, kedua-dua gadis itu telah pergi ke kuil di sekitar rumahnya di Maxwell Towers untuk meraikan sambutan Chitthirai Puthandu.
Selepas itu, mereka telah kembali ke kondominium tersebut namun berada di kawasan ‘pick-up’ untuk menunggu ketibaan perkhidmatan e-hailing yang ditempah bagi menghantar Divyaa ke rumah.
Bagaimanapun, Shanti sedar mereka hilang apabila mendapat panggilan telefon daripada ibu Divyaa yang menanti kepulangannya.
Menurut Shanti, pengawal keselamatan di kondominium tersebut lihat mereka berjalan keluar daripada pintu masuk.
Beliau mensyaki bahawa mereka membuat keputusan untuk berjalan ke rumah Divyaa yang hanya mengambil masa 10 minit daripada kondominium itu.
Susulan itu, kedua-dua keluarga mula panik dan terus mencari mereka.
Perkara itu telah disahkan oleh Astro Ulagam bersama pihak SMK Assunta serta ibu Natshatra.
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu operasi pencarian kedua-dua gadis itu, anda boleh hubungi talian 012 367 6178 atau 019 207 8829 atau 017 265 6824.
#Divyaa #GrabCar #hilang #Natshatra #Petaling Jaya #remaja gadis #SMK Assunta