SANDAKAN:Terpaksa berikan anak kecil menyusu air teh.
Itu antara langkah terpaksa diambil penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan dalam berjimat-cermat susulan kekurangan bekalan susu bayi.
Ia terpaksa dilakukan peniaga kuih Nurul Jannah @ Neng Abd Hamid kerana tidak dapat keluar membeli susu formula selepas dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Bercerita mengenai keadaan mereka di sana, Nurul berkata mereka dibenarkan membeli barang dari luar namun prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai disifatkan "sangat sukar".
“Sekarang ini kerajaan ada bagi kemudahan untuk penghantaran barang pada hari Selasa dan Jumaat, tapi sistem mereka macam susah kami mahu terima sebab perlu melalui orang tengah.
"Jadi kalau barang itu berisiko juga untuk jangkitan, sebab semua pegang barang itu, ke sana ke mari sudah diangkut oleh orang berganti-ganti," kata Nurul Jannah.
Menurutnya, pada hari pertama PKPD, mereka diberikan bantuan beras dan keperluan asas memasak lain, tetapi kebanyakannya sudah habis.
“Bantuan itu sudah ada diberi, tapi kalau susu dengan lampin budak tidak diberi. Jadi kalau tidak boleh keluar, macam mana kami mahu membeli.
"Lagi satu ada juga orang tiada wang tunai, kalau tiada duit macam mana mahu membeli?" katanya lagi.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa memberi anaknya minum teh supaya boleh berjimat cermat.
“Kalau sudah tiada susu nak buat macam mana... terpaksalah minum teh, minum air biasa.
"Kalau macam kami, kena jimatlah. Pagi saja dia minum susu, lain masa dia minum teh, sebab macam mana mau keluar, tak boleh!" kata Nurul Jannah lagi.
Keluhan sama turut disuarakan kalangan ibu lain yang turut mengadu sudah kehabisan bekalan susu kanak-kanak dan lampin pakai buang.
Menurut Rosliah Jem yang bertugas sebagai kerani, mereka dibenarkan membeli barang dari luar dan barang itu dihantar ke pagar sebelum dikumpul dan diambil ketua blok.
Namun, ia menyebabkan ikan atau makanan basah yang mereka beli kebanyakkan jadi buruk kerana terbiar beberapa jam di luar.
“Hari pertama kami ada dapat bantuan iaitu beras 15 kilogram, barang-barang dapur macam telur satu papan, tepung dan minyak.
"Tapi benda ini tidak bertahan lama, hanya dua minggu. Jadi kami ikhtiarkan untuk hantar barang keperluan lain seperti ikan dan sayur.
"Hari pertama telur sudah habis, begitu juga tepung. Cuma beras, gula dan minyak masih ada.
"Lauk seperti ayam, ikan, sayur-sayuran memang tidak ada di sini," kata Rosliah.
Menurut Rosliah, kelewatan mengedarkan barang keperluan turut menyebabkan barang-barang yang dihantar hampir tidak boleh digunakan.
“Setiap blok ada ketua blok yang datang ambil dan tiga orang AJK dan bayangkan dalam empat orang ini menghantar barang satu blok.
"Barang satu blok bukan sikit, ramai. Satu tingkat ada 20 unit rumah.
"Barang yang saya terima setakat ini tak berapa rosaklah. Cuma yang saya dapat macam buah tu ada lemau dan layu.
"Yang dalam kotak ini ada barang seperti telur yang sudah rosak, ikan sudah busuk,” kata Rosliah lagi.
Justeru, mereka berharap SOP penghantaran barang dari luar dipermudahkan dan mereka dibenar turun mengambil barang itu sendiri di pagar utama.
Pada masa sama, penduduk berharap mereka dibenarkan keluar mengambil wang di bank kerana sudah kehabisan duit untuk pesanan barang dan membuat pembayaran.
Selain itu, penduduk juga berharap agar kedai runcit bergerak dapat segera dibuka di PPR Taman Harmoni untuk kemudahan penduduk.
PPR itu dikenakan PKPD bermula 23 Oktober hingga 5 November.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sekitar 60 penduduk Taman Semarak di Tawau mengadakan perhimpunan aman bagi memohon bantuan bakul makanan disegerakan.
Mereka mendakwa pelaksanaan PKPD sejak 26 Oktober hingga 8 November ini memberi kesan kepada penduduk di kawasan tersebut berikutan kekurangan keperluan dapur.
Selain itu, penduduk juga berang kerana syarat dikenakan untuk membeli barang dapur dilihat tidak relevan.
Malah ahli keluarga dari luar yang ingin menghantar bekalan makanan juga perlu melalui prosedur yang sangat ketat.
Bantuan yang dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana(PKOB) daerah Tawau sepatutnya diagihkan pada tengah hari Khamis namun sehingga petang bantuan tersebut tidak sampai.
Ini menyebabkan penduduk tidak berpuas hati dan mengadakan perhimpunan aman bagi memohon tindakan segera daripada PKOB untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
PKOB Tawau dalam pada itu dilapor telah mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 8 malam Khamis di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Tawau bagi membincangkan masalah tersebut.
Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Fri Oct 30 2020
PKPD di PPR Taman Harmoni, Sandakan. -Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Terpaksa beri anak menyusu air teh, penduduk gesa SOP PKPD dipermudah
Penduduk berang kerana syarat dikenakan untuk membeli barang dapur dilihat tidak relevan.