KOTA BHARU: Mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca ramai rakyat Kelantan takut mengambil dos penggalak COVID-19 menyebabkan rakyat negeri itu antara yang paling rendah mendapatkan suntikan dos berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, setakat semalam, hanya 24.4 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa di Kelantan telah menerima dos penggalak COVID-19.
"Sehingga kini, kita (Kelantan) paling rendah ambil vaksin, sedangkan pada April ini, kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundor yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB- BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, di sini hari ini.
Seramai 1,000 peserta terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan agensi kerajaan terlibat dalam program tersebut.
Justeru, Dr Izani meminta rakyat negeri itu agar mengabaikan dakyah berkenaan dan segera mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengurangkan kesan lebih serius apabila dijangkiti COVID-19.
Beliau turut mengingatkan rakyat negeri itu supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 terutama apabila negara ini memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Setakat semalam, hanya 24.4 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa di Kelantan telah menerima dos penggalak COVID-19. - Gambar fail
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.