awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Qatar tutup sementara ruang udara susulan ketegangan serantau yang memuncak
DUNIA
Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Terperdaya tawaran pekerjaan tidak wujud, peniaga rugi RM1.1 juta

Bernama
Bernama
23/06/2025
14:58 MYT
Terperdaya tawaran pekerjaan tidak wujud, peniaga rugi RM1.1 juta
M Kumar berkata, mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan semula produk. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata individu berusia sekitar 40-an yang membuat laporan polis semalam itu mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lepas.
Beliau berkata mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan semula produk terbabit.
"Kemudian, mangsa yang berminat bertindak memindahkan wang berjumlah RM1.1 juta ke 22 akaun bank berbeza bermula 28 Mac hingga 13 Jun bagi tujuan urusan jual beli barangan untuk mendapatkan komisen.
"Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen seperti yang dijanjikan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#tawaran pekerjaan
#polis
#mangsa penipuan
#sindiket penipuan
#scam
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami