[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang

Sinar Harian 19/12/2024 | 00:45 MYT
Sekumpulan penunggang motosikal tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara ribut.
PUTRAJAYA: Sekumpulan penunggang motosikal terpaksa memberhentikan motosikal di atas jambatan Pulau Pinang susulan angin kencang.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan pengguna media sosial, Matoqa, kejadian itu berlaku jam 7 petang semalam.
"Melelong semua (yang) bawa motosikal, semoga semua selamat sampai ke destinasi," tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komentar, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman serupa.
"Saya pun berada di jambatan tadi, angin memang kuat, kesian penunggang motosikal," tulis Eina Shah.
Cef Pengukir berkata, kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
"Apabila angin kuat, memang seram bawa motosikal sampai kena hon," katanya. - Sinar Harian
#angin kencang #Jambatan Pulau Pinang #motosikal #ribut