awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersingkap kain kapan, kandungannya betul-betul buat penduduk terkejut!

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
04/11/2019
09:39 MYT
Tersingkap kain kapan, kandungannya betul-betul buat penduduk terkejut!
Difahamkan ada individu sudah mengaku bertanggungjawab atas perbuatan itu yang didakwa bertujuan untuk perubatan dan ditanam tergesa-gesa kerana cuaca hujan pada hari kubur itu dibuat.
Persoalan kubur siapakah yang ditanam sejak Khamis lalu di Tanah Perkuburan Rizab Kampung Tok Kamis, di sini terlerai apabila yang ditemui hanyalah sebatang pokok pisang yang dikerat empat.
Kubur tidak bertanda itu dipercayai ditanam pengamal perubatan untuk mengubati sihir salah seorang pesakitnya sehingga menyebabkan penduduk curiga.
Ketua Polis Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, selepas mendapat laporan, pihaknya bersama dua unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Bharu ke lokasi kejadian.
Katanya, selepas proses menggali selesai, didapati terdapat satu bungkusan putih seperti mayat ditanam di kedalaman 0.3 meter dan panjang 2.1 meter lengkap berkain kafan seperti jenazah.
"Apabila bungkusan dibuka, didapati terdapat sebatang pokok pisang dikerat empat bahagian dengan dibungkus sehelai karpet dan kain kapan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selepas proses menggali selesai, didapati terdapat satu bungkusan putih seperti mayat ditanam di kedalaman 0.3 meter dan panjang 2.1 meter lengkap berkain kafan seperti jenazah. - Foto Astro AWANI
Selepas proses menggali selesai, didapati terdapat satu bungkusan putih seperti mayat ditanam di kedalaman 0.3 meter dan panjang 2.1 meter lengkap berkain kafan seperti jenazah. - Foto Astro AWANI
Penduduk kampung, Putra Radin Muhammad, 29, berkata, penduduk gempar dengan penemuan itu sejak Khamis lalu, namun hanya membuat laporan polis hari ini setelah risau ada unsur jenayah kerana tiada kematian dilaporkan di kampung itu sejak kubur baru itu wujud.
Apabila bungkusan dibuka, didapati terdapat sebatang pokok pisang dikerat empat bahagian dengan dibungkus sehelai karpet dan kain kapan. - Foto Astro AWANI
Apabila bungkusan dibuka, didapati terdapat sebatang pokok pisang dikerat empat bahagian dengan dibungkus sehelai karpet dan kain kapan. - Foto Astro AWANI
Katanya, terdahulu ibunya, Rahimah Ismail, 56, ada mengadu ternampak kelibat tiga individu sedang menanam sesuatu di tanah perkuburan itu ketika pulang dari surau berdekatan kawasan kubur.
"Mak ada mengadu pada penduduk lain, namun tidak dihiraukan sebelum kampung digemparkan dengan seorang penduduk ternampak satu kubur terkeluar kain kapan dan karpet di kubur yang baru dibuat di luar pengetahuan kami semua.
"Bila lapor polis dan polis siasat rupanya hanya pokok pisang, kami risau ingatkan ada kes buang bayi atau jenayah lain," katanya.
Kubur tidak bertanda itu dipercayai ditanam pengamal perubatan untuk mengubati sihir salah seorang pesakitnya sehingga menyebabkan penduduk curiga. - Foto Astro AWANI
Kubur tidak bertanda itu dipercayai ditanam pengamal perubatan untuk mengubati sihir salah seorang pesakitnya sehingga menyebabkan penduduk curiga. - Foto Astro AWANI
Setakat ini, difahamkan ada individu sudah mengaku bertanggungjawab atas perbuatan itu yang didakwa bertujuan untuk perubatan dan ditanam tergesa-gesa kerana cuaca hujan pada hari kubur itu dibuat.
Topic Berkaitan
#bayi
#ilmu hitam
#jenayah
#jenazah
#Kota Bharu
#mayat
#perubatan
#polis
#sihir
#tanam batang pisang
#tanam jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan