awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertipu skim pelaburan dalam Telegram, pelajar rugi RM22,300

Azee Shafy
Azee Shafy
02/01/2023
04:55 MYT
Tertipu skim pelaburan dalam Telegram, pelajar rugi RM22,300
Mangsa telah menggunakan sumber kewangan daripada wang simpanannya selain wang pusaka arwah ibunya dari Amanah Raya. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Enam di Bera kerugian RM22,300 akibat terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan dalam satu skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pelajar perempuan berusia 19 tahun itu dikatakan melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan skim pelaburan FBS pada 14 Disember lalu.
Menurutnya, terpengaruh dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dimasukkan ke dalam Telegram, malah suspek memaklumkan mangsa akan menerima pulangan yang lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja.
"Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke akaun suspek dan diberikan identiti (ID) serta kata laluan laman sesawang laman web pelaburan tersebut.
"Di dalam akaun itu, mangsa menyemak dan mendapati terdapat pulangan sebanyak RM16,000. Bagaimanapun, suspek meminta beberapa bayaran sebelum mangsa dapat mengeluarkan wang itu sehingga mengalami kerugian RM22,300," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Ramli, berdasarkan siasatan, mangsa telah menggunakan sumber kewangan daripada wang simpanannya selain wang pusaka arwah ibunya dari Amanah Raya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
"Sekiranya ingin membuat pelaburan boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud," katanya.
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan
#scam
#mangsa
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan