awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus daftar vaksin, ini 5 perkara penting sidang media Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2021
12:25 MYT
Terus daftar vaksin, ini 5 perkara penting sidang media Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menjelaskan, walaupun kes melebihi 11,000, ia tidak memberi impak yang besar kepada usaha kerajaan untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa rakyat untuk terus mendaftar bagi mendapatkan vaksin, dalam usaha mencapai imunisasi kelompok yang disasarkan sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, walaupun kes direkodkan hari ini melebihi 11,000, ia tidak akan memberi impak yang besar kepada usaha kerajaan untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.
Berikut lima perkara penting sidang media Dr Noor Hisham pada Selasa;
1. Sejumlah 11,079 jangkitan baharu COVID-19 dan tertinggi dilaporkan di Malaysia setakat ini.
2. Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,263 diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 96,236 kes dengan 972 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 456 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
4. 125 kes kematian baharu, sekali gus menjadikan kumulatif kematian ketika ini adalah 6,385.
5. Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 753,328 kes selepas 5,990 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#jangkitan
#vaksin
#imuniti kelompok
#kematian
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan