awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
01/02/2025
05:31 MYT
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Menurut Anwar, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan negara.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di laman Facebook hari ini berkata dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.
"Ini selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang," kata beliau.
Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari Wilayah Persekutuan buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya," kata beliau.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#perpaduan
#Hari Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan