KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan pandemik COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.
Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.
Katanya COVID-19 masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.
Menurut Dr Noor Hisham, amalan terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa COVID-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka kerana cara itu menjadikan risiko penularan virus berkenaan pada tahap sangat rendah.
"Ini (pemakaian pelitup muka) berdasarkan kemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung serta mulut sepenuhnya, bukan sekadar di bawah atau hujung hidung memandangkan virus SARS-CoV-2 amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets).
"Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ia adalah amalan solidariti bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah.
"Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya," katanya.
Senarai penuh prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemakaian pelitup muka boleh didapati di laman www.mysop.gov.my.
Mengenai perkembangan COVID-19 dalam negara semalam, Dr Noor Hisham berkata kes baharu kekal di bawah paras 15,000 untuk empat hari berturut-turut dengan 12,017 kes, menjadikan kumulatif kes di negara kini 4,268,486 kes.
Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 kes merupakan kategori tiga; 15 kes melibatkan kategori empat, sementara 25 kes membabitkan kategori lima, manakala bakinya adalah kategori satu dan dua.
Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, beliau berkata hanya Selangor mencatat peratusan pengisian 50 peratus atau lebih bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam, iaitu 51 peratus.
Menurut Dr Noor Hisham sebanyak 558 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 221 kes adalah kategori tiga, empat dan lima, sementara selebihnya kategori satu serta dua.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.86 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.03 manakala Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.66.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi. - Gambar fail/BERNAMA

Nahas FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini
Lelaki berusia 45 tahun itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi.

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Mekah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

Polis buru dua individu, curi barangan kemas lebih RM100,000
Polis sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri barang kemas yang bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar Shah Alam.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.