GADGETS
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
Langkah ini sekali gus mengesahkan jangkaan banyak pihak sebelum ini bahawa Tesla bakal memasuki ekosistem xAI. -Foto Amanz
TESLA, syarikat automotif milik Elon Musk, mengumumkan akan melabur kira-kira AS$2 bilion dalam syarikat kecerdasan buatan xAI yang turut dimiliki tokoh berkenaan.
Langkah ini sekali gus mengesahkan jangkaan banyak pihak sebelum ini bahawa Tesla bakal memasuki ekosistem xAI.
xAI ketika ini menawarkan model kecerdasan buatan Grok dan mengoperasikan platform media sosial X.
Menerusi penyertaan terbaharu ini, Tesla memaklumkan syarikat itu akan menilai potensi kerjasama antara kedua-dua entiti berkenaan.
Terdahulu, terdapat spekulasi bahawa robot humanoid Tesla mungkin dikuasakan oleh model kecerdasan buatan xAI.
Dengan perkembangan ini, perhatian kini terarah kepada hala tuju seterusnya antara Tesla dan xAI.
Sebelum ini, SpaceX turut melabur dalam xAI sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan syarikat tersebut. -Amanz