awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck

Amanz
Amanz
23/04/2024
09:45 MYT
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Tesla terpaksa memanggil semula hampir 4,000 Cybertruck yang telah dihantar kepada pembeli berikutan isu pada pedal pendikit. -Gambar fail/ETX Studio
TESLA terpaksa memanggil semula hampir 4,000 Cybertruck yang telah dihantar kepada pembeli berikutan isu pada pedal pendikit.
Muncul laporan pelapik besi pada pedal pendikit boleh tertanggal dan akan menyebabkan ia tersekat. Ini boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu hilang kawalan.
Sehari selepas Cybertruck dipanggil semula, Tesla mengumumkan masalah pada trak mereka telah diselesaikan menggunakan teknologi zaman purba.
Here is the @cybertruck 35 second recall fix at the Cyber takeover event pic.twitter.com/XGsINAEFHQ
— Aaron Cash (@aaronjcash) April 20, 2024
Pelapik besi kini disambungkan terus kepada pedal pendikit menggunakan rivet.
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu. Ia adalah cara paling awal menyambungkan dua bahagian logam dengan pantas.
Kelemahan pada rivet kapal Titanic dipercayai antara sebab mengapa ia karam selepas melanggar ais terapung lebih 100 tahun lalu.
Penggunaan rivet pada pendikit Cybertruck adalah sekadar penyelesaian sementara bagi membolehkan pemilik terus menggunakan trak.
Penyelesaian kekal jangka panjang akan diumumkan oleh Tesla di suatu masa yang belum ditetapkan pada waktu ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Tesla
#Cybertruck
#pedal pendikit
#teknologi purba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan