TESLA Malaysia kini berkongsi menyatakan Tesla Cybertruck akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi – mungkin sekitar bulan Mei kelak.

Tesla Cybertruck sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019 lepas, dan hanya mula ditawarkan kepada pembeli bermula November 2023 lepas. Ia hadir dengan beberapa teknologi terkini, dan dipasarkan sebagai mempunyai ketahanan yang baik melaluinya.

Tesla mengatakan melalui binaan dan ketahanannya, ia menawarkan sebuah lori pikap yang lebih baik berbanding pengeluar lain, selain binaan yang kalis peluru.

Bercakap mengenai jualannya, Tesla Malaysia menyatakan buat masa ini Tesla Cybertruck hanya dijual di Amerika Utara sahaja.

Tidak diketahui lagi bilakah Tesla Cybertruck ini akan ditawarkan kepada pengguna global. Namun, pengguna yang berminat, boleh melihatnya dengan lebih dekat di Malaysia tidak lama lagi melalui aktiviti promosi yang bakal diadakan oleh Tesla. - Amanz