awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tesla Supercharger dibuka di Pavilion Bukit Jalil

Amanz
Amanz
13/02/2024
22:30 MYT
Tesla Supercharger dibuka di Pavilion Bukit Jalil
Stesen Supercharger di Pavillion Bukit Jalan mempunyai enam pengecas Supercharger dan dua Destination Charger. - Foto Amanz
TESLA Malaysia mengumumkan pembukaan stesen pengecas Supercharger terkini mereka yang terletak di Pavilion Bukit Jalil.
Ini menjadikan terdapat enam stesen Supercharger dan 6 Destination Charger di seluruh Malaysia sejak Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada Julai tahun lalu.
Stesen Supercharger di Pavillion Bukit Jalan mempunyai enam pengecas Supercharger dan dua Destination Charger.
Secara keseluruhan di Malaysia kini terdapat 30 pengecas Supercharger dan 25 Destination Charger di seluruh negara.
Pengecas Supercharger menyokong pengecasan 250kW DC yang membolehkan sebuah Model 3 meningkatkan jarak perjalanan sehingga 282km dalam masa 15 minit.
Turut diumumkan sokongan pengecas Tesla rentas sempadan Malaysia dan Singapura juga telah diaktifkan.
Dengan ini pemilik Tesla boleh melakukan perancangan destinasi, menyediakan bateri sebelum ia dicas dan mengakses pengecas di kedua-dua negara dengan lebih lancar. - Amanz
Topic Berkaitan
#Tesla
#Pavilion Bukit Jalil
#supercharger
#lokasi supercharger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami