awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2024
12:06 MYT
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
Elfira menyifatkan tawaran yang diberikan oleh Kementerian Media Arab Saudi itu sangat istimewa.
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Ringkasan AI
  • Elfira Loy sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat jemputan untuk menunaikan ibadah haji dari Kementerian Media Arab Saudi. Baginya, ini adalah panggilan istimewa dari Allah yang tidak disangka-sangka.
  • Pengumuman tersebut datang hanya beberapa hari selepas Elfira menghantar ibunya berlepas ke Makkah untuk menunaikan haji. Dia merasa terharu dan rendah diri, memohon maaf jika ada yang terguris hati dengan tindakannya.
  • Elfira juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantunya membuat persiapan untuk perjalanan haji tersebut. Dalam umurnya yang baru 30 tahun, dia menyambut jemputan ini dengan hati yang penuh syukur dan harapan agar mendapat haji yang diterima oleh Allah.

Ujar pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu, tawaran yang diberikan oleh Kementerian Media Arab Saudi itu dianggap sebagai panggilan sangat istimewa.
"Masih lagi dalam keadaan tak percaya, tapi inilah nikmat yang paling saya syukuri dan tak sangka Allah nak makbulkan doa saya yang hina ini.
"Semua ini terjadi dalam masa seminggu sahaja. Allahuakbar...Saya menyambut baik panggilan Allah melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi.
"Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa," katanya.
Lebih manis, wanita berusia 30 tahun itu menerima jemputan tersebut hanya selepas beberapa hari menghantar ibunya berlepas ke Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Saya Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada terguris hati dan buat anda tak senang dengan saya. Maafkan saya ya.
"Doakan semoga perjalanan saya tenang, mudah, selamat dan semoga saya peroleh haji mabrur," kongsinya menerusi Instagram.
Ibu kepada dua cahaya mata itu yang baru sahaja berlepas pada pagi Isnin turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantunya membuat persiapan pada saat akhir.
"Saya sangat terharu apabila ramai kawan-kawan yang bantu siapkan baju, hantar tudung. Terima kasih sangat-sangat..." katanya. - Sinar Harian
Astro AWANI akan menyediakan pelbagai kandungan sepanjang musim Haji 1445H di sini
Topic Berkaitan
#Haji 2024
#Elfira Loy
#Laporan Haji 2024
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan