PAPAR: Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata isu harga tiket penerbangan yang mahal itu telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan pelbagai usaha dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah itu.
"Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) telah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak menggunakan asas terhadap tiket penerbangan ini mengikut permintaan dan penawaran tetapi mesti ada unsur CSR kepadanya.
"Kita harap semasa perayaan mendatang, perkara ini diatasi segera dan kami amat prihatin terhadap masalah dihadapi terutama kos penerbangan rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung. Kita akan lihat pada Pesta Kaamatan dan Hari Gawai nanti supaya masalah ini tidak timbul lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu di sini yang kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman, dan turut dihadiri Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid berkata selain itu, mewujudkan syarikat penerbangan butik yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga merupakan antara langkah yang mampu memastikan harga tiket penerbangan itu berada dalam kadar berpatutan.
Ditanya tentang cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berhubung mewujudkan Autoriti Penerbangan Awam Borneo bagi mengawal selia industri penerbangan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata perkara itu diharap dapat dibawa kepada perbincangan Jemaah Menteri.
"Berkaitan isu ini, saya harap menteri yang bertanggungjawab bagi Sabah dan Sarawak (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali) yang juga Ahli Parlimen Papar akan membawa isu ini ke Kabinet," katanya.
Di Kota Kinabalu, ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di perkarangan bangunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid menzahirkan keprihatinan terhadap rungutan rakyat Sabah dan Sarawak berhubung isu tiket penerbangan mahal itu.
Katanya beliau telah mendengar rungutan rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan yang terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri dengan tambang penerbangan mahal.
"Maka dalam hal ini, kita harap ia akan dapat memberi kemudahan dan memberi peluang kepada kumpulan B40 dan M40 yang mempunyai kewangan sangat terhad. Walaupun ada berkemampuan tetapi ada tanggungan dan banyak perbelanjaan dikeluarkan.
"Beri peluang kepada mereka untuk pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak dengan tambang murah," katanya yang meminta Kementerian Pengangkutan memberikan perhatian terhadap isu tersebut terutama ketika perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Ahmad Zahid berkata isu harga tiket penerbangan yang mahal itu telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri. - Gambar fail/Bernama
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.
Bahaya beraya sakan tetapi tidak rancang perbelanjaan awal – Pakar
Kurangkan aktiviti melawat media sosial kerana apa yang penting ialah jangan lihat kemampuan dan juga kebolehan orang lain!
Sentimen pengguna masih rendah menjelang musim perayaan, kata AmInvestments
Sentimen pengguna kekal rendah walaupun menjelang musim perayaan dan cuti sekolah yang pendek selepas pengguna terus berhati-hati dalam perbelanjaan susulan ketidaktentuan makroekonomi.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Tambang bas cekik darah, Gopeng-Johor Bahru RM241
Kementerian Pengangkutan diminta mengambil tindakan terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menaikkan harga tambang sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina.
Kekalkan kesihatan mulut, ceriakan senyuman di musim perayaan
Tidak salah untuk menikmati juadah yang lazat tetapi biarlah bersederhana demi menjaga kesihatan pergigian.