KUALA LUMPUR: Perlu ada pelan yang komprehensif untuk mengembalikan semula Malaysia ke atas landasan yang tepat untuk menjadi ‘negara maju’, apatah lagi pandemik COVID-19 telah mengakibatkan agenda tersebut, tergendala menjelang tahun 2020.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, pelan itu, bukan sahaja merangkumi keperluan menyediakan infrastruktur moden secara fizikal, tetapi juga memastikan setiap rakyat di negara ini, dilengkapi dengan nilai dan prinsip yang sewajarnya.
Jelasnya lagi, perkara pertama sekali ialah menetapkan semula ‘kompas nasional', bagi memastikan setiap individu mempunyai arah tuju untuk sama-sama menggerakkan negara, tanpa mengira jantina, kaum, agama, serta taraf kewarganegaraan mereka.
“Ketika ini kompas nasional kita tidak menentu, banyak kekhilafan dalam menunjukkan arah mana kita perlu tuju. Seperti yang saya sebutkan, dengan kekurangan (kualiti) tadbir urus, tiada visi itu bermaksud kompas nasional sedia ada tidak lagi membawa kita ke arah yang tepat.
“Jadi apabila saya cakap tetapkan semula kompas nasional, ia bermaksud menyediakan arah untuk semua pemegang taruh di negara ini. Tak perlu bercakap pasal soal kaum, Bumiputera atau bukan Bumiputera. Kita bercakap tentang rakyat Malaysia, serta mereka yang ada pegangan dalam negara,” katanya lagi.
Sebagai contoh, Rafidah berkata, rakyat asing yang menetap di negara ini, pemastautin tetap, golongan yang melakukan perniagaan atau mereka yang menjadikan negara ini sebagai rumah kedua, mereka juga harus diterlibatkan sama.
Apabila ada polisi untuk menetapkan semula visi berkenaan, beliau berkata, negara ini akan kembali pada landasan yang tepat, dalam memastikan semua pihak tidak tercicir, tetapi sama-sama memastikan Malaysia kembali disegani di peringkat serantau, mahupun global.
Rafidah berkata demikian ketika menjadi tetamu kehormat forum secara maya Alumni Convent Bukit Nenas (CBN) – ‘Strive for a Fearless Future and Recalibrate Your Expectations’, bersempena Hari Malaysia ke-58.
Rafidah, dengan pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen selama 35 tahun itu selanjutnya berkata, Malaysia perlu memastikan rakyatnya, terutamanya generasi yang akan datang, mempunyai kebolehan untuk bersaing sehingga ke peringkat global.
“Pastikan rakyat kita boleh bersaing dalam apa jua bidang – pendidikan, teknikal, kemahiran, seni dan budaya, perubatan. Apa sahaja bidang…pastikan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dapat mencapai taraf antarabangsa, atau lebih baik lagi.
“Mereka boleh dididik, diberi panduan yang sewajarnya. Institusi pengajian juga perlu mempunyai kurikulum yang membolehkan golongan ini mempunyai kapasiti untuk menjadi kompeten, jadi yang terbaik di antara yang terbaik, sama ada di rantau ini atau di global. Itu cara untuk kita maju ke hadapan,” katanya lagi.
Rafidah, yang sering digelar sebagai ‘Wanita Besi’, selanjutnya berkata, tidak ada ruang untuk membiarkan sebarang bentuk diskriminasi berlaku di negara ini, demi kepentingan peribadi golongan tertentu.
Jika itu masih dibiarkan, beliau berkata, masalah yang sedang berlaku di dalam negara ini, iaitu perpecahan dalam kalangan masyarakat, akan terus menghantui negara sehingga ke masa yang mendatang.
Firdaus Azil
Thu Sep 16 2021
![Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/71554119272_RafidahAziz.jpg)
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41554115299_RafidahAziz.jpg)
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
![Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705996018_TBnancyjpg.jpg)
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
![Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599179277_RafidahAziz.jpg)
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
![Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656169838_TBMAHDZIR.jpg)
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
![Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41573876726_TanSriRafidahAzi.jpg)
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
![Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41573876726_TanSriRafidahAzi.jpg)
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
![Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599149037_TanSriRafidahAzi.jpg)
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
![RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/71574942645_RafidahAziz.jpg)
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
![Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/71554119272_RafidahAziz.jpg)
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju
![Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628171368_TBCHEDET.jpg)
Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini
MPN yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat pertama, hari ini.