Satu pertanyaan berbentuk aduan di laman Facebook restoran makananan segera, Texas Chicken Malaysia (TCM) mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ia dikemukakan oleh seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan mengapa sos yang dibekalkan oleh restoran berkenaan berjenama 'Church'.

Si pengadu turut mendakwa pihak TCM tidak peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

texas 1

Kebanyakannya melihat aduan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bijak, memandangkan ia hanya jenama sos dan tidak memberi apa-apa kesan kepada isi kandungannya.

texas 2

texas 3

texas 3

TCM dalam jawapannya kepada pelanggan berkenaan turut memberitahu, sos jenama 'Church' itu mengambil nama pengasas restoran berkenaan iaitu George W. Church Sr.

TCM turut memberitahu pelanggan beragama Islam tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan yang digunakan dalam semua menu yang terdapat di restoran itu telah disahkan halal oleh Jakim.

Aduan bergambar yang dimuat naik pada 1 Jun itu telah dipadamkan di laman Facebook TCM, namun sehingga kini masih menjadi bualan Netizen.