MALAYSIA
TFST catat kejayaan pulihkan projek sakit, terbengkalai bernilai RM121.44 bilion
Aiman Athirah berkata sehingga 31 Ogos lepas, TFST merekodkan 144 projek perumahan swasta berstatus lewat, 345 projek sakit dan 108 projek terbengkalai di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) merekodkan pencapaian signifikan sejak ditubuhkan pada 2023 apabila berjaya memulihkan 1,260 projek perumahan swasta melibatkan 150,968 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM121.44 bilion.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bagi tahun ini sahaja, sebanyak 325 projek perumahan sakit dan lewat melibatkan 36,922 unit rumah dengan GDV RM28.85 bilion telah berjaya dipulihkan.
"Selain itu, lapan projek perumahan terbengkalai melibatkan 1,299 unit rumah dengan GDV RM109.05 juta juga berjaya diselesaikan sepenuhnya sama ada melalui penyiapan projek sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau kaedah penyelesaian lain yang dipersetujui," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat TFST Bilangan 5/2025 di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga 31 Ogos lepas, TFST merekodkan 144 projek perumahan swasta berstatus lewat, 345 projek sakit dan 108 projek terbengkalai di seluruh negara.
Angka itu, katanya, menunjukkan perkembangan positif apabila projek sakit menurun daripada 360 projek pada 30 Jun kepada 345 projek, manakala projek lewat berkurangan kepada 144 projek berbanding 233 projek sebelum ini, dan projek terbengkalai menurun sedikit daripada 109 projek kepada 108 projek.
Menurut Aiman Athirah, perkembangan positif itu membuktikan keberkesanan pendekatan TFST yang menumpukan kepada penilaian status semasa serta langkah intervensi berkesan untuk memulihkan projek bermasalah di seluruh negara.
Bagi memastikan pemantauan rapi, beliau berkata TFST turut melaksanakan lawatan tapak secara berkala sepanjang tahun lepas, dengan 34 projek telah dilawati, manakala bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos 2025 pula, 26 projek telah dilawati.
"Secara keseluruhannya, saya sendiri telah turun padang melawat 60 projek, di mana 36 projek telah berjaya memperoleh CCC manakala baki 24 projek menunjukkan perkembangan kerja positif dan dijangka siap mengikut jadual," katanya.
Beliau menegaskan, pencapaian itu adalah hasil kerjasama erat pasukan TFST bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi teknikal dan penyedia utiliti, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses pemulihan.
Aiman Athirah berkata TFST akan terus berfungsi sebagai platform utama dalam menangani isu projek perumahan bermasalah dengan mengemukakan cadangan penyelesaian praktikal serta berkesan.
"Usaha ini adalah selaras dengan matlamat KPKT untuk mencapai sifar projek terbengkalai menjelang 2030. Komitmen kementerian adalah jelas iaitu melaksanakan pemantauan lebih rapi, memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan serta melaksanakan intervensi bersesuaian agar projek dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.
Beliau menambah, langkah bersepadu itu akan memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah sentiasa dipelihara, selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan menangani isu perumahan swasta terbengkalai.
-- BERNAMA