awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH dukung aspirasi kerajaan, tingkat upaya penduduk menerusi Program Santuni MADANI

Bernama
Bernama
21/09/2024
22:00 MYT
TH dukung aspirasi kerajaan, tingkat upaya penduduk menerusi Program Santuni MADANI
Syed Hamadah mengumumkan, Kampung Dato' Sri Amar Diraja, Muar di Johor terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah kelolaan TH. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) komited mendukung aspirasi kerajaan menerusi Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin, Satu Kampung sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman mengumumkan, Kampung Dato' Sri Amar Diraja, Muar di Johor terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah kelolaan TH.
Beliau berkata, TH akan bekerjasama dengan jawatankuasa kampung dan pihak berkuasa tempatan merangka program bersesuaian serta mengenal pasti isu setempat bagi meningkatkan keselesaan, kemudahan dan taraf hidup penduduk di situ.
"Alhamdulillah, sebagai permulaan, sukarelawan Tabung Haji (TH) bersama penduduk Kampung Dato' Sri Amar Diraja telah membersihkan balai raya dan surau Ar-Raudah. Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti rohaniah dan jasmaniah secara berterusan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan TH.
Satu majlis perasmian dan penyampaian sumbangan di kampung itu telah diadakan dan disempurnakan Syed Hamadah, yang turut disertai barisan pengurusan serta sukarelawan daripada kalangan anggota TH.
Selain itu, pelbagai pengisian menarik diadakan semasa majlis tersebut, termasuk perkhidmatan khas kaunter bergerak Tabung Haji (TH) dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Daerah Muar, khusus untuk penduduk kampung.
"TH juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada Pusat Jagaan Bakti Murni dan Surau Ar-Raudah bagi membantu menampung kos pengurusan dan penambahbaikan kemudahan yang diperlukan," kata Syed Hamadah.
Menurut beliau, Program Santuni MADANI TH 2024 yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah platform terbaik buat TH mendekati dan mengeratkan lagi ukhwah dengan masyarakat kampung terutama golongan yang memerlukan.
"Ia juga selari dengan satu daripada teras Malaysia MADANI yang menggalakkan sifat 'Ihsan' dalam kalangan masyarakat.
"Insya-Allah TH akan meneruskan usaha murni ini agar lebih ramai lagi masyarakat Kampung Dato' Sri Amar Diraja Muar yang boleh kita dekati dan bantu," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#kos pengurusan
#cetusan idea
#platform terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan