awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH Heavy Engineering bukan lagi anak syarikat Tabung Haji - TH

Bernama
Bernama
03/09/2022
11:03 MYT
TH Heavy Engineering bukan lagi anak syarikat Tabung Haji - TH
TH dalam kenyataan memaklumkan kepentingan agensi itu dalam THHE telah diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada 2018.
KUALA LUMPUR: TH Heavy Engineering Berhad (THHE) yang terkait dengan isu kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).
TH dalam kenyataan memaklumkan kepentingan agensi itu dalam THHE telah diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada 2018.
"UJSB ialah sebuah syarikat pengurusan aset yang ditugaskan untuk menguruskan aset yang dipindahkan daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan. Pemindahan THHE dilakukan kerana prestasi syarikat yang lemah dan tidak memberi pulangan yang dijangka kepada TH," menurut kenyataan itu.
Semalam media melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat kelewatan penyerahan OPV itu bagi mengelak kes dihadapi kapal tempur pesisir (LCS), berulang.
Muhajid mendakwa mengikut kontrak, THHE syarikat bersekutu TH sepatutnya menyerahkan tiga kapal OPV secara berperingkat mulai 2020 namun sehingga hari ini perkara itu tidak berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TH Heavy Engineering Berhad
#kapal peronda luar pesisir
#isu OPV
#Lembaga Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan