awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH mahu guna rakyat Malaysia sebagai petugas TH

Bernama
Bernama
16/10/2013
11:37 MYT
TH mahu guna rakyat Malaysia sebagai petugas TH
Tabung Haji (TH) akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan badan itu menggunakan khidmat rakyat Malaysia di Makkah dan rakyat Arab Saudi sebagai petugas TH pada musim haji akan datang.
Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim berkata cadangan itu jika dipersetujui kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan bilangan petugas TH dari 1,800 orang kepada 1,000 orang dan membolehkan kuota yang kosong itu diisi oleh jemaah haji.
"Cara ini juga dapat membantu memendekkan tempoh menunggu rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji.
"Bagaimanapun peraturan Arab Saudi tidak boleh diabaikan walaupun kerajaan negara itu menganggap jemaah Malaysia sebagai yang berdisiplin dan patuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengunjungi rumah adik ipar Zolkifali Wahab, 57, di Taman Kelisa di sini dan menyampaikan sumbangan TH sebanyak RM1,500 kepada bapa Allahyarham, Wahab Saad, 77. Zolkifali meninggal dunia di Makkah Isnin lepas.
Sehubungan itu, TH akan berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kelonggaran menggunakan khidmat rakyat Malaysia dan Arab Saudi sebagai petugas TH.
Cadangan menggunakan khidmat penuntut Malaysia dan warga Arab Saudi sebagai'mutawif' atau jurupandu sedang diteliti terutama dari segi undang-undang negara itu sebelum rundingan dapat diadakan, katanya.
Abdul Azeez berkata TH sentiasa berusaha membuat banyak penambahbaikan perkhidmatan untuk keselesaan jemaah termasuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
Beliau berkata akauntabiliti dan tanggungjawab TH juga akan dipertingkat supaya jemaah terus menikmati perkhidmatan terbaik dari masa ke semasa.
Sementara itu, Zainab Yaacob, 39, berkata abang iparnya yang merupakan pekerja am di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Alor Setar menghidap kencing manis sejak dua tahun lepas.
"Saya mendapat panggilan daripada kakak saya, Mariam kira-kira pukul 1.08 pagi Selasa memaklumkan abang ipar saya dimasukkan ke hospital di Makkah dan pada pukul 2.34 pagi pegawai TH pula menelefon memaklumkan dia meninggal dunia pukul 6.50 petang (waktu Arab Saudi) hari Isnin di hospital di sana.
"Kami bersyukur dia sempat wukuf dan dibawa lalu di Muzdalifah oleh pegawai TH. Alhamdulillah dia meninggal dalam pakaian ihram dan tenang. Kami sekeluarga ucapkan terima kasih dengan perkhidmatan terbaik diberikan oleh TH," katanya.
Topic Berkaitan
#Haji
#petugas TH
#rakyat Malaysia
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan