Skip to main content

Malaysia

TH perkukuh keselamatan sistem, perlindungan maklumat pendeposit

Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan sistem operasinya kekal selamat dengan keselamatan akaun, simpanan dan data peribadi pendeposit sentiasa menjadi keutamaan institusi berkenaan.
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan sistem operasinya kekal selamat dengan keselamatan akaun, simpanan dan data peribadi pendeposit sentiasa menjadi keutamaan institusi berkenaan.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan keselamatan sistem operasi, akaun, simpanan dan data peribadi pendeposit sentiasa menjadi keutamaan.
  • TH menasihatkan pendeposit agar tidak berkongsi maklumat akaun, kata laluan, TAC, OTP atau kod pengesahan dengan sesiapa.
  • Pendeposit diingatkan hanya mengakses akaun melalui saluran rasmi dan menghubungi TH jika terdapat sebarang keraguan berkaitan keselamatan akaun.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan sistem operasinya kekal selamat dengan keselamatan akaun, simpanan dan data peribadi pendeposit sentiasa menjadi keutamaan institusi berkenaan.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai langkah perlindungan tambahan, TH memohon kerjasama pendeposit supaya merahsiakan maklumat akaun dengan tidak berkongsi kata laluan, nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) atau Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP) atau kod pengesahan dengan sesiapa. 

"TH tidak akan sesekali meminta maklumat ini melalui panggilan, SMS atau e-mel," menurut kenyataan itu.

Selain itu, pendeposit diingatkan berhati-hati dengan panggilan, mesej SMS, e-mel atau pautan yang mencurigakan khususnya melibatkan maklumat peribadi dan akaun, walaupun ia didakwa daripada TH atau pihak TH.

“Pendeposit yang mempunyai sebarang keraguan diminta menghubungi Pusat Perhubungan TH di talian 03-6207 1919 atau mengunjungi cawangan TH berhampiran,” menurut kenyataan itu. 

TH juga menasihati pendeposit untuk hanya mengakses akaun masing-masing menggunakan saluran rasmi seperti portal web atau aplikasi mudah alih rasmi TH (THiJARI).

“TH akan terus memperketatkan kawalan keselamatan dan memantau sistem bagi memastikan perlindungan simpanan serta maklumat pendeposit sentiasa diutamakan. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan kepercayaan anda kepada TH,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement