NATIONAL

TH siap sedia 90 peratus musim haji 1446 H

Azizul Azwa 02/05/2025 | 20:45 MYT
Tabung Haji memberi penekanan kepada pengambilan air dan menggunakan laluan penjalan kaki yang tertutup untuk mengelak cuaca panas, kata Mohd Fahmi. - Gambar Astro AWANI
MEKAH: Tabung Haji (TH) hampir 90 peratus selesai dalam persiapan musim haji kali ini.

Menurut Pengarah Operasi Maktab, Mohd Fahmi Kamarudin, kumpulan pertama dijangka tiba di Tanah Suci pada 4 Mei 2025 pada jam 5 petang waktu Arab Saudi.

Program pertama yang perlu dilakukan oleh jemaah haji ialah melakukan umrah dengan bimbingan petugas TH.

Bagi memudahkan pergerakan, jemaah haji dinasihatkan menggunakan aplikasi Google Walk bertujuan memudahkan pergerakan.

"Jemaah haji disarankan berjalan kaki, tetapi teksi dan perkhidmatan seperti Grab juga tersedia.

"Tabung Haji memberi penekanan kepada pengambilan air dan menggunakan laluan penjalan kaki yang tertutup untuk mengelak cuaca panas, " katanya.

Seramai 72 petugas maktab menyantuni 22,000 jemaah haji.

Jemaah haji ditempatkan di tiga Zon A, B dan C membabitkan tujuh lokasi penginapan iaitu Abraj Al Tayseer, Abraj Janadriyah, Land Premium, Qasr Janadriyah, Fajar Badee, Rehab Janadriyah dan Dairy Al Saad.


#musim haji 1446H #jemaah haji Malaysia #Tabung Haji #Tanah Suci