Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

TH usaha tarik perhatian pendeposit, pastikan simpanan cukup - Zulkifli

Seth Akmal 22/11/2025 | 05:15 MYT
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berucap di Seminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025 di sini hari ini. - Foto Ihsan ABIM.
BANGI: Tindakan Tabung Haji (TH) menerusi beberapa inisiatif proaktif yang diambil diyakini akan dapat menarik perhatian pendeposit untuk memastikan simpanan mereka mencukupi.


Ringkasan AI
  • Tabung Haji mengambil tindakan proaktif untuk tarik perhatian pendeposit memastikan tabungan mencukupi bagi haji.
  • Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Hasan, menyatakan inisiatif proaktif TH berjaya menarik perhatian pendeposit.
  • Tabung Haji mengingatkan pendeposit perlu simpan RM15,000 di akaun TH untuk menerima tawaran haji atau membuat rayuan haji.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata demikian susulan laporan mengenai 50 peratus para jemaah menolak tawaran menunaikan haji pada musim yang lepas.

“Oleh kerana adanya inisiatif proaktif TH, kita telah berjaya menarik perhatian dan mengingatkan para pendeposit untuk memastikan tabungan mereka cukup,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri di Seminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025 di sini hari ini.

Ditanya mengenai sasaran untuk mengurangkan peratusan penolakan pada musim akan datang Zulkifli mengesahkan Tabung Haji sudah bersedia dengan pelan transformasinya.

TH pada Jumaat berkata antara usaha terbabit termasuk membuat peringatan berkala sejak Ogos 2025 kepada semua bakal jemaah haji musim 1447H/2026 bagi memastikan persediaan mencukupi dari segi kewangan, kesihatan dan ilmu pengetahuan.

“Kadar penolakan tawaran haji bagi musim haji akan datang didapati lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya kesan peringatan awal oleh TH dan kempen simpanan berterusan kepada bakal jemaah,” katanya.

Institusi kewangan Islam itu turut menyatakan bahawa langkah proaktif yang merupakan sebahagian dari inisiatif peremajaan jenama TH tersebut telah menunjukkan hasil yang baik setakat ini.

TH juga mengingatkan para jemaah haji perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM15,000 di akaun TH masing-masing untuk melayakkan menerima tawaran haji atau untuk membuat rayuan haji.

Pada 20 November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata kebanyakan penolakan itu berpunca daripada kekangan kewangan yang dihadapi para jemaah.







#Tabung Haji #pendeposit #Zulkifli Hasan #TH