awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
22/03/2023
05:30 MYT
Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti setiap fakta berhubung kejadian itu. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Tindakan sebuah bar yang mahu menampilkan kumpulan Thai Hot Guy sehingga mengundang kecaman masyarakat, tidak sewajarnya diteruskan.
Demikian jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu terbabit yang tular di laman sosial serta mendapat reaksi beberapa pihak terutama parti politik.
Ujarnya, di pihak KDN, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti setiap fakta berhubung kejadian itu.
"Pertama respons saya, kita akan lihat dulu fakta siapa buat kelulusan, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak lain, perkara itu dulu kita kena lihat.
"Reaksi umum saya adalah jelas, memasuki ambang Ramadan sebaik-baiknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan," jelasnya.
BACA: Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh
BACA:Program Thai Hot Guy: Pemuda UMNO buat laporan polis hari ini
Tegas Saifuddin lagi, semua pihak di negara ini seharusnya menghormati sensitiviti berlainan agama masyarakat terutama ketika umat Islam menyambut Ramadan.
"Saya nak sebut begitu, ia boleh mewujudkan keresahan kerana umat Islam seluruh dunia sambut bulan suci ini, jadi aktiviti ini boleh timbulkan keresahan... kena ada mutual respect dalam masyarakat pelbagai kaum.
"Saya cenderung menyebut menjadi kewajipan semua (masyarakat) apabila ketibaan bulan suci ini kita memuliakannya, kita mengukuhkan elemen saling memahami, hormat menghormati dan tidak masuk batasan yang mencetuskan sensitiviti dalam perkara itu," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#KDN
#Thai Hot Guy
#bar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan