awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand: Lima sekeluarga lemas semasa angkut pasir

Bernama
Bernama
12/12/2023
14:07 MYT
Thailand: Lima sekeluarga lemas semasa angkut pasir
Lima sekeluarga yang keluar untuk mengumpul pasir sungai bagi kerja-kerja pembinaan rumah, ditemukan lemas di wilayah timur laut Surin pada Isnin. - Gambar fail
BANGKOK: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 8 dan 14 tahun yang keluar untuk mengumpul pasir sungai bagi kerja-kerja pembinaan rumah, ditemukan lemas di wilayah timur laut Surin pada Isnin.
Mangsa dari daerah Satuek Buriram itu terdiri daripada lelaki berusia 45 tahun, anak perempuannya berusia 23 tahun serta tiga anak saudaranya masing-masing berusia 8,11 dan 14 tahun.
Mereka berlima bertolak ke Sungai Mun di daerah Chumphon Buri di Surin untuk mengutip pasir bagi projek memasang jubin rumah.
Setelah mendapati mereka tidak pulang ke rumah pada waktu petang, ahli keluarga bergegas ke tebing sungai dan menemukan barangan milik mereka termasuk pakaian, selipar serta trak ladang di kawasan berhampiran.
Mereka kemudiannya menghubungi polis dan pasukan penyelamat.
Selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan, pasukan penyelamat menemukan mayat-mayat itu dalam sungai. Pemeriksaan mendapati kelima-limanya lemas.
Ketua Pertubuhan Pentadbiran Daerah Krasang (SAO), Supakit Hemngen berkata seorang daripada kanak-kanak itu dipercayai hanyut dibawa arus deras dan cuba diselamatkan oleh anggota keluarga yang lain tetapi mereka turut lemas.
"SAO komited untuk menyediakan bantuan dan pampasan kepada keluarga mangsa dalam masa yang sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lima sekeluarga
#Thailand
#lemas
#angkut pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan