MALAYSIA
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Kerajaan Persekutuan mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026 pada 1 Februari. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Februari.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265].
"Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan pada 2026 jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin.
"Sementara itu, majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am berkenaan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti, tertakluk kepada persetujuan pekerja, selaras dengan Subseksyen 60D(1A) akta sama.
"Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026 pada 1 Februari.
- Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan perlu memberikan cuti Hari Wilayah Persekutuan yang tidak boleh diganti, menyusuli arahan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
- Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265].
"Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan pada 2026 jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin.
"Sementara itu, majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am berkenaan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti, tertakluk kepada persetujuan pekerja, selaras dengan Subseksyen 60D(1A) akta sama.
"Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi tahun 2026?
A: Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026 jatuh pada 1 Februari dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. - Q: Bagaimanakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan sektor swasta berkenaan cuti Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari Ahad?
A: Majikan perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin, kepada pekerja jika Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad. - Q: Apakah langkah yang perlu diambil oleh majikan jika memilih Hari Thaipusam sebagai salah satu daripada baki enam hari kelepasan am pilihan?
A: Majikan perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, kepada pekerja jika memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki keenam hari kelepasan am pilihan. - Q: Bolehkah majikan memilih hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti cuti Hari Thaipusam atau Hari Wilayah Persekutuan?
A: Ya, majikan boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti cuti Hari Thaipusam atau Hari Wilayah Persekutuan, tetapi perlu mendapat persetujuan pekerja. - Q: Bagaimanakah kadar gaji yang perlu diberikan kepada pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am?
A: Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.