awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam: Kawalan kebersihan, keselamatan di Batu Caves diperketat

Bernama
Bernama
25/01/2026
09:30 MYT
Thaipusam: Kawalan kebersihan, keselamatan di Batu Caves diperketat
Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Datuk N. Sivakumar ketika ditemui pada Sidang Media mengenai persiapan sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sambutan Thaipusam di Batu Caves meningkatkan aspek kebersihan kawasan dengan menambah bilangan tong sampah, selaras dengan penguatkuasaan larangan membuang sampah di tempat awam yang berkuat kuasa sejak 1 Jan lepas.
Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Datuk N. Sivakumar berkata langkah itu bagi memastikan kawasan persekitaran kekal bersih dan teratur sepanjang sambutan perayaan berkenaan.
"Selaras dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan, soal aspek kebersihan terutamanya, kami telah sediakan lebih 300 tong sampah kecil selain tong sampah bersaiz besar bagi pengumpulan sisa menggunakan lori," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau turut menasihati penganut Hindu dan pengunjung supaya mematuhi garis panduan kebersihan yang telah ditetapkan serta membuang sampah di tempat yang disediakan.
Mengenai persiapan sambutan Thaipusam, Sivakumar berkata perancangan telah dibuat lebih awal dengan kerjasama rapat pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan acara.
"Persiapan menjelang sambutan Thaipusam bermula sejak 30 Jan termasuk pergerakan pedati.
"Persiapan itu dilaksanakan melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala persiapan bagi pembawa paal kudam (kendi susu) dan kavadi telah dirancang dan dibuat dalam tempoh dua hingga tiga bulan," katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Sivakumar berkata pengunjung dan penganut tidak dibenarkan membawa sebarang barangan berbahaya ke kawasan sambutan bagi mengelak insiden yang tidak diingini.
Beliau berkata pihak pengurusan dan agensi keselamatan akan memantau keadaan secara berterusan dan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.
Thaipusam, yang jatuh pada Ahad depan, adalah satu daripada perayaan Hindu paling penting dan acara kebudayaan utama di Malaysia, dengan Batu Caves sebagai tumpuan sambutan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Batu Caves
#kebersihan
#tong sampah
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan