awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/01/2024
23:45 MYT
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Nanthagoballa Morganan Kavadi memberikan sentuhan terakhir pada kavadi kepala gajah yang dihiasi dengan bulu merak yang akan diangkatnya hari ini.
SUNGAI PETANI: Thaipusam merupakan hari pengabdian diri masyarakat Hindu bagi menunaikan nazar yang dibuat kepada Dewa Murugan.
Kavadi merupakan antara elemen penting dalam sambutan ini dan ia diangkat sebagai tanda membayar nazar yang dibuat mengikut niat seseorang individu.
Bagi Nanthagoballa Morganan, 33, meskipun sudah biasa mengangkat kavadi sejak usia kecil, namun apabila menginjak usia dewasa pengertian mengangkat kavadi menjadi lebih bermakna buatnya.
Menariknya, kavadi milik Nanthagoballa memerlukan persiapan yang rapi memandangkan ia diperoleh dari Singapura dan seni binanya diperbuat secara tempahan khas dari India.
Kavadi berbentuk kepala gajah ini dihiasi dengan bulu merak yang dibezakan rekabentuk susunannya saban tahun bagi memberikan kelainan.
Menurutnya, dia cuba menampilkan bentuk yang lebih kecil berbeza pada kali ini dengan setiap bahagian hiasan menampilkan 150 helaian bulu merak supaya ia tampil lebih besar dan menarik.
Katanya, kavadi ini boleh mencapai berat sehingga 25 kilogram apabila sarat dengan hiasan lain seperti bunga dan susu yang dibawa untuk memandikan berhala di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, di sini.
“Dua minggu sebelum thaipusam kita akan ‘naik bendera’ untuk tokong, kita bersihkan kavad, buat sembahyang sikit untuk kavadi tu kerana kita kena harus tempuh perjalanan yang panjang lebih kurang yang tujuh hingga lapan kilometer.
“(Dalam masa sama), kena buat dekorasi bagi nampak cantik,” kata Nanthagoballa.
Sepanjang perjalanan mengangkat kavadi, sejauh hampir lapan km itu, Nanthagoballa dan akan ditemani ahli keluarga.
Nanthagoballa telah bernazar untuk mengangkat kavadi ini sebagai tanda terima kasih kepada Dewa Murugan atas segala kebaikan yang telah dia sekeluarga nikmati sepanjang tahun.
Dalam masa sama, hasrat melakukan ritual itu bertambah kukuh dengan sokongan daripada ibubapa dan keluarga sepanjang proses persediaan sambutan Thaipusam.
Malah dia juga telah menjalani rutin berpuasa dengan memakan sayuran selama sebulan dan amalan ini turut dikongsi ahli keluarga sebagai tanda sokongan.
Begitu juga penyertaan mereka dalam setiap upacara sembahyang atau 'pooja'.
“Saya sendiri selama satu bulan penuh hanya makan sayur-sayuran dan langsung tidak ke mana-mana selain ke tempat kerja dan balik ke rumah sepanjang tempoh itu,” cerita Nanthagoballa mengenai persiapan yang dilakukannya.
Seperti kelazimannya, sambutan Thaipusam di Malaysia diraikan penuh meriah di beberapa lokasi dengan tumpuan utama antaranya di Batu Caves, Selangor, George Town (Pulau Pinang), Ipoh (Perak), Sungai Petani (Kedah), Kuching (Sarawak) dan Johor Bahru (Johor).
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#kavadi
#penganut hindu
#Dewa Murugan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan