GADGETS

TheNoor kini diintegrasikan dalam sistem Inforia Proton

Amanz 11/12/2025 | 01:10 MYT
Selain ditawarkan dalam kereta Proton, aplikasi TheNoor juga boleh dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS. - Foto Amanz
APLIKASI gaya hidup Islamik TheNoor yang diasaskan oleh usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa kini boleh diakses secara langsung melalui sistem inforia Proton pada model terpilih.

Integrasi ini membolehkan pengguna memuat turun dan menggunakan aplikasi terus dari papan pemuka kereta, sekali gus membawa kemudahan serta nilai kerohanian ke dalam pengalaman pemanduan.

Selain itu, integrasi ini turut tersedia pada beberapa model PROTON yang disokong iaitu X70 (2022), S70 (2023), X90 (2023), X50RC (2024), X70MC2 (2024), X50FL (2025) dan e.Mas5.

Dengan sokongan ini, Proton bukan sahaja memperkukuh ekosistem digitalnya malah turut memberi nilai tambah kepada pengguna melalui akses mudah kepada kandungan gaya hidup Islamik seperti doa, waktu solat dan panduan harian.

Selain ditawarkan dalam kereta Proton, aplikasi TheNoor juga boleh dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS.

- Foto Amanz






#TheNoor #sistem inforia Proton #Neelofa #Proton