GADGETS
Threads dikemas kini untuk kawalan kandungan lebih diperibadikan
Pengguna kini boleh menambah topik sebelum berkongsi kandungan dan menetapkan siapa yang boleh membalas atau memetik kandungan tersebut. -Amanz
SEJAK tahun lepas, Threads telah menguji ciri untuk mencipta susur masa yang memaparkan topik tertentu.
Ringkasan AI
- Threads telah menguji ciri Custom Feed untuk memaparkan topik tertentu dan kini mengembangkannya untuk ditambah pada profil pengguna.
- Pengguna kini boleh menambah topik sebelum berkongsi kandungan dan menetapkan siapa yang boleh membalas atau memetik kandungan tersebut.
- Pemain media dalam Threads dikemas kini dengan lebih banyak kawalan seperti menjeda, langkau, dan melihat durasi media dimainkan.
Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna mendapatkan kandungan yang mereka mahukan sahaja.
Ciri Custom Feed ini kemudiannya dikembangkan untuk pengguna boleh tampah topik pada profil pengguna terus pula.
Hari ini, kedua-dua ciri ini diedarkan kepada semua pengguna secara lebih meluas dengan tambahan ciri untuk kawalan kandungan.
Antara ciri baharu adalah sebelum pengguna tekan kongsi apa-apa kandungan, topik kini boleh ditambah agar ia boleh dicapai kepada pengguna yang hanya atau yang benar-benar mencari kandungan sedemikian.
Bukan itu sahaja, Threads turut menambah ciri untuk pengguna boleh tetapkan siapa yang boleh membalas dan/atau memetik kandungan yang dikongsi.
Di dalam Threads, pemain media turut dikemas kini dengan lebih banyak kawalan seperti menjeda, langkau, dan melihat durasi media dimainkan.
Kebanyakan ciri baharu ini telah pun sedia digunakan di dalam Threads. Dalam cubaan saya pada peranti Android, ciri berkaitan topik sahaja masih belum boleh digunakan. -Amanz