GADGETS

Threads kini mempunyai ciri permesejan

Amanz 02/07/2025 | 05:15 MYT
Meta telah memperkenalkan ciri permesejan peribadi (DM) dalam aplikasi Threads, membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej tanpa meninggalkan aplikasi. -Amanz
META hari ini mengumumkan pengenalan ciri permesejan pada aplikasi Threads.

Ringkasan AI
  • Meta telah memperkenalkan ciri permesejan peribadi (DM) dalam aplikasi Threads, membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej tanpa meninggalkan aplikasi.
  • Buat masa ini, mesej hanya boleh dihantar kepada pengikut anda di Threads atau pengikut bersama di Instagram, dan hanya untuk mesej individu, bukan berkumpulan.
  • Ikon sampul surat ditambah pada antara muka aplikasi untuk akses pantas, dan ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Dengan langkah ini, semua pengguna boleh menghantar dan menerima mesej peribadi daripada pengguna lain, tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.
Untuk fasa pengenalan ini, pengguna hanya boleh menghantar mesej atau DM, antara pengikut anda di Threads sahaja, atau pengikut bersama di Instagram.
Buat masa ini juga, sokongan permesejan individu sahaja diperkenalkan, dan sokongan permesejan berkumpulan dijangka hadir dalam masa terdekat.
Untuk mengakses mesej ini, Threads menambah sebuah ikon menu berbentuk sampul di bawah, memudahkan pengguna mengaksesnya dengan pantas.
Kemas kini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua tidak lama lagi. -Amanz
#Threads #ciri permesejan peribadi #Meta #hantar dan terima mesej