GADGETS

Threads tambah fungsi perkongsian gambar dalam DM

Amanz 19/07/2025 | 08:00 MYT
Threads memperkenalkan ciri baharu dalam DM yang membolehkan pengguna berkongsi gambar secara langsung dalam perbualan. -Amanz
THREADS menambah baik fungsi pemesejan peribadi (DM) dengan memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi gambar secara langsung dalam perbualan.


Ringkasan AI
  • Threads memperkenalkan ciri baharu dalam DM yang membolehkan pengguna berkongsi gambar secara langsung dalam perbualan.
  • Pengguna boleh memilih untuk menghantar gambar sedia ada atau menangkap gambar baharu menggunakan telefon.
  • Ciri ini hanya boleh digunakan jika pengguna saling mengikuti dan tersedia melalui versi terkini aplikasi Threads.


Ciri ini menawarkan alternatif yang lebih peribadi berbanding perkongsian terbuka, sekali gus menjadikan DM lebih serba guna daripada sekadar hantaran teks.

Pengguna boleh memulakan perbualan dengan membuka peti masuk dan menekan ikon ‘+’ di penjuru kanan. Terdapat dua kaedah perkongsian gambar:

Imej sedia ada: Klik pada media > pilih gambar > tekan hantar.

Tangkap gambar baharu: Klik ikon kamera > pilih ‘Use Phone’ >’ambil gambar > hantar seperti biasa.

Sebagai langkah keselamatan dan privasi, pengguna hanya boleh menghantar DM jika mereka saling mengikuti di Threads, atau jika salah seorang mengikuti akaun Instagram yang dikaitkan.

Ciri ini tersedia melalui versi terkini Threads jadi pengguna disarankan untuk mengemas kini aplikasi bagi menikmati fungsi baharu ini sepenuhnya. -Amanz







#Instagram #Threads #kongsi gambar secara langsung #fungsi pemesejan peribadi