GADGETS
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
Pelekat tersebut menyerupai GIF tetapi bukan dalam bentuk lampiran seperti sebelum ini. -Gambar fail/Amanz
THREADS kini dilihat sedang menguji sokongan pelekat beranimasi yang boleh digunakan terus dalam siaran, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mengekspresikan diri secara visual.
Berdasarkan tangkap layar tular yang dikongsi oleh penyelidik aplikasi Alessandro Paluzzi, pelekat tersebut menyerupai GIF tetapi bukan dalam bentuk lampiran seperti sebelum ini.
Sebaliknya, ia berfungsi lebih mirip emoji beranimasi yang dipaparkan terus dalam ruang siaran bagi memberikan konteks tambahan terhadap perbincangan.
Walaupun ciri ini dilihat sebagai penambahbaikan menarik, penerimaannya bergantung kepada cara pengguna memanfaatkannya.
Setakat ini, tiada jaminan bahawa ciri tersebut akan melalui ujian umum atau dilancarkan kepada semua pengguna, memandangkan Threads masih meneroka potensi dan kemungkinan ia dibatalkan sebelum pelancaran rasmi. -Amanz