Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih tidak dapat memulakan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi sehingga pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih mencapai tahap 0 ton.
Air Selangor menjelaskan setakat bacaan direkod 11 pagi semalam (22 Dis) kadar pencemaran telah turun ke paras 1 ton, dan pihaknya menjangkakan ia akan turun ke paras 0 ton sekiranya hujan lebat pada belah petang yang diharapkan dapat mempercepat proses pencairan pencemaran itu.
"Namun berdasarkan pemantauan sehingga 6 pagi hari ini, kadar pencemaran bau masih kekal di paras 1 ton dan adakalanya naik ke 2 ton, jadi kita masih belum dapat memulakan pengoperasian di dua LRA ini sehingga pencemaran bau ini mencapai paras 0 ton," menurut Air Selangor lagi..
Air Selangor berkata penangguhan pengoperasian kedua-dua LRA itu perlu bagi mengelakkan bau yang tidak diingini berlaku pada air terawat di LRA terbabit dan seterusnya menjejaskan pengguna.
"Kita telah turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsertium Sdn Bhd (IWK), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi menangani masalah pencemaran bau ini.
"Air Selangor amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mencemarkan sungai sehingga menyulitkan semua pihak terutamanya 336,930 akaun pengguna air di wilayah sini," demikian menurut kenyataan itu.
BACA: Air Selangor tambah pili awam kawasan terjejas bekalan air
BACA: Sungai Semenyih tercemar lagi, lebih 328,000 pengguna berdepan gangguan bekalan air
Air Selangor turut berkata sementara itu pihaknya akan menyalurkan bantuan bekalan kecemasan berterusan melalui lori-lori tangki air, edaran botol air minum, pengaktifan Pusat Khidmat Setempat dan 14 Pili Awam yang akan beroperasi 24 jam sehari di lokasi terbabit di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
"Kaunter pembelian air untuk pihak ketiga juga telah dibuka bermula hari ini dan boleh dilakukan menerusi kaunter-kaunter di wilayah tidak terjejas di Kuala Lumpur, Gombak dan Klang," katanya.
BACA: Jumlah gangguan air masih terkawal - MB Selangor
BACA: Pembuangan sisa secara haram, jejas operasi loji IWK
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status semasa pencemaran bau itu boleh melayari laman web www.airselangor.com atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
Penangguhan pengoperasian LRA itu perlu bagi mengelakkan bau yang tidak diingini berlaku pada air terawat di LRA terbabit dan seterusnya menjejaskan pengguna. - Gambar hiasan
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar
Menurut Profesional Persekitaran Air, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, masih belum terlambat untuk pihak berkenaan untuk mempelbagaikan sumber air mentah.
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.
Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.
66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Lumpur, 57 peratus dengan 20 kawasan masih belum pulih.
Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang
Pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.
Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan
Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah.
"Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam" - Sanusi bidas PBAPP
MB Kedah harap PBAPP bayar tuntutan RM50 juta setahun bagi caj air mentah sebelum keluar sebarang kenyataan atau kritikan.
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh mula beroperasi.
Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan
Cadangan penubuhan badan itu dibawa pada mesyuarat Kabinet semalam dan kajian mengenainya kini dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.