awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada alasan tarik status PR Zakir Naik - TPM Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/11/2017
06:28 MYT
Tiada alasan tarik status PR Zakir Naik - TPM Zahid
KDN mendapati pendakwah dan penceramah bebas dari India, Dr Zakir Naik tidak mempromosikan sebarang keganasan dalam setiap program disertainya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati pendakwah dan penceramah bebas dari India, Dr Zakir Naik tidak mempromosikan sebarang keganasan dalam setiap program disertainya.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya telah meneliti semua ucapan yang dibuat Zakir sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata KDN tidak teragak-agak menarik semula status Pemastautin Tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah itu sekiranya Zakir melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara ini.
"KDN telah meneliti semua video dan transkrip teks dari ucapan beliau (Zakir), tidak ada satu pun (ucapan) menggalakkan kegananasan, tidak ada.
"Bagaimanapun KDN tetap memantau semua aktiviti dan kandungan ceramah Zakir, di mana beliau berada selain tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk membatalkan status PR jika didapati beliau terbabit dalam aktiviti keganasan atau melanggar undang-undang.
"Interpretasi itu (keganasan) adalah daripada tokoh tertentu di luar," katanya di Dewan Rakyat ketika menggulung usul Rang Undang-undang Perbekalan 2018 (Bajet 2018) peringkat dasar KDN.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai keistimewaan diberikan kepada Zakir sehingga mendapat status PR oleh Kerajaan Malaysia.
Turut mempersoal kewajaran dan keistimewaan Zakir diberikan status PR ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Berhubung dakwaan pembabitan Zakir dalam serangan pengganas di Dhaka, India yang menyebabkan dia meninggalkan negara itu pada 2016, Zahid berkata ia juga merupakan suatu tanggapan semata-mata.
"Peristiwa di Dhaka, itu adalah persepsi dari negara berkenaan. Apa yang berlaku di sana bukan disebabkan motivasi atau provokasi oleh Dr Zakir Naik, (tetapi) ada faktor-faktor lain.
"Sehingga kini tiada permohonan rasmi dikemukakan kerajaan India kepada Malaysia untuk mengekstradisi Zakir," jelasnya.
Jelasnya, KDN meluluskan permohonan PR terhadap Zakir sebelum pasport beliau ditarik semula oleh kerajaan India.
Malah, KDN juga tidak menerima sebarang notis mahupun waran tangkap daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat atau menangkap Zakir.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Dr Zakir Naik
#ekstradisi
#Gobing Singh Deo
#Interpol
#Kementerian Dalam Negeri
#Lee Boon Chye
#pemastautin tetap
#pengganas
#Rang Undang-undang Perbekalan 2018 Bajet 2018
#V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan