awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan halang individu tertentu beri kuliah di Pulau Pinang - Exco

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2023
10:07 MYT
Tiada arahan halang individu tertentu beri kuliah di Pulau Pinang - Exco
Mohd Kazim berkata beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.
Exco Agama Islam, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, setiap larangan yang dikeluarkan adalah berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Hanya pihak masjid dan Pejabat Tadbir Agama Daerah yang mengetahui larangan kepada penceramah atau individu yang berkaitan dengan arahan pekeliling tersebut," katanya ketika dihubungi media di sini, pada Ahad.
Menerusi pekeliling yang dikeluarkan JHEAIPP pada 23 Oktober lalu memaklumkan penstrukturan semula kuliah dan penganjuran aktiviti ilmu di masjid serta surau negeri ini.
Pengarah JHEAIPP, Datuk Zulkifli Rashid berkata, semua penceramah atau pengkuliah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau di Pulau Pinang mestilah memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu
Dalam masa sama, penceramah dan pengkuliah yang dijemput itu tidak mempunyai kontroversi terutama berkaitan akhlak, masalah khilafiah, politik kepartian dan seumpamanya.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan JHEAIPP bagi memastikan aktiviti majlis ilmu di negeri ini bebas daripada sebarang unsur yang boleh mendatangkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat serta membendung sebarang unsur negatif yang dibawa dari luar serta tidak sesuai dengan masyarakat di negeri ini.
"Selain itu, ia juga bagi memastikan semua masjid dan surau sentiasa fokus kepada budaya ilmu sebenar yang mengutamakan kualiti dan impak positif kepada jemaah dan masyarakat Islam," katanya.
Terdahulu tular video pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.
Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil malam tadi dan rakaman video berdurasi 3.08 saat itu turut tular di media sosial sejak pagi ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ustaz Kazim
#pulau pinang
#larangan ceramah
#penjelasan sebenar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan