awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Operasi ketenteraan di Iran perlu dihentikan supaya IAEA dapat nilai keadaan - Ketua Pengarah
MALAYSIA
TPM Fadillah adakan pertemuan dua hala dengan dua pemimpin Uzbekistan
MALAYSIA
Raja Perlis kurnia darjah kebesaran, pingat negeri kepada 185 penerima
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tiada berita mengenai lanjutan tempoh perkhidmatan, kata Tengku Maimun

Bernama
Bernama
23/06/2025
13:23 MYT
Tiada berita mengenai lanjutan tempoh perkhidmatan, kata Tengku Maimun
Pada 20 Mei lepas, Tengku Maimun mengesahkan beliau belum menerima sebarang tawaran bagi melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama enam bulan lagi. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini berkata beliau dan dua lagi hakim belum menerima maklumat terkini mengenai pelanjutan tempoh perkhidmatan mereka.
Dua lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.
"Tiada berita (mengenai perkara itu)," kata Tengku Maimun ketika menjawab soalan media berkaitan lanjutan tempoh perkhidmatan mereka.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk Law and Practice of Intellectual Property Law in Malaysia hasil nukilan sembilan individu di sini.
Tengku Maimun, wanita pertama yang melakar sejarah menyandang jawatan nombor satu dalam badan kehakiman Malaysia, dijadual bersara wajib pada 1 Julai ini.
Beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-66 pada 2 Julai.
Abang Iskandar pula akan bersara pada 2 Julai ini manakala Nallini bakal mencecah usia persaraan wajib pada 22 Ogos depan.
Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hakim Mahkamah Persekutuan boleh berkhidmat sehingga usia 66 tahun dan mungkin dilanjutkan tempoh perkhidmatan selama enam bulan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 20 Mei lepas, Tengku Maimun mengesahkan beliau belum menerima sebarang tawaran bagi melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama enam bulan lagi.
"Buat masa ini, kami masih menunggu... saya, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Tan Sri Nallini Pathmanathan," katanya ketika menjawab soalan media selepas menghadiri majlis angkat sumpah tiga hakim di Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Hakim Negara
#Tengku Maimun Tuan Mat
#pelanjutan tempoh
#tempoh perkhidmatan
#hakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami