awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NIOSH sedia bantu perkukuh pengurusan risiko gas, bahan kimia berbahaya
[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bom ditemui, Mahkamah Kuala Lumpur disahkan selamat

Hakim Rahman, Hilmi Malik
Hakim Rahman, Hilmi Malik
25/07/2019
06:57 MYT
Tiada bom ditemui, Mahkamah Kuala Lumpur disahkan selamat
Siasatan pihak berkuasa tidak menemui sebarang bahan letupan di Kompleks Mahakamah Kuala Lumpur.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini disahkan selamat oleh pihak polis selepas siasatan dilakukan susulan panggilan ancaman bom yang diterima pada tengah hari Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah berkata, setakat ini, persekitaran kompleks mahkamah berada dalam keadaan terkawal.
"Setakat ini pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa bahan mencurigakan, setakat ini kawasan selamat dan pemeriksaan telah pun selesai".
"Pasukan kami tidak boleh mengatakan ia ancaman (bom) palsu dan buat masa ini kami tidak temui apa-apa", katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Shanmugamoorthy Chinniah berkata, persekitaran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selamat dan polis tidak menemui apa-apa bahan yang mencurigakan.
Shanmugamoorthy Chinniah berkata, persekitaran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selamat dan polis tidak menemui apa-apa bahan yang mencurigakan.
Mengulas lanjut, Shan berkata ancaman bom itu diterima melalui panggilan telefon dan pihaknya terus bertindak terhadap ancaman tersebut.
"Tidak kira sama ada ancaman tersebut mempunyai kaitan dengan kes Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) atau tidak kami beri keutamaan yang sama kerana ia melibatkan keselamatan orang awam," katanya.
Orang ramai serta kakitangan mahkamah juga telah dibenarkan untuk memasuki semula bangunan mahkamah sekitar jam 2 petang Khamis dan prosiding mahkamah juga diteruskan seperti biasa.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Rusdi Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira jam 11.10 pagi tadi menyatakan berlaku satu letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.
"Tindakan telah diambil dan didapati tiada bahan letupan ditemui," katanya dalam satu kenyataan BACA: Mahkamah Kuala Lumpur terima ancaman bom
Topic Berkaitan
#kompleks mahkamah kuala lumpur
#Mahkamah Kuala Lumpur disahkan selamat
#polis
#Tiada bom ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan