PUTRAJAYA: Tiada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan bahawa air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri penyakit itu, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) P. Muralitharan.
Beliau berkata cecair selain sampel yang disebutkan dalam arahan penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 mempunyai sifat kimia yang boleh menyebabkan tindak balas kimia pada jalur ujian dan mengakibatkan keputusan tidak tepat, tidak sah serta mengelirukan.
"Menggunakan minuman berkarbonat sebagai sampel untuk pengujian COVID-19 bukanlah kaedah saintifik yang sah atau boleh dipercayai.
"Ini kerana, minuman berkarbonat mengandungi pelbagai sebatian dan bahan, tetapi ia tidak mengandungi komponen virus atau bahan genetik tertentu yang direka bentuk untuk dikesan oleh kit ujian ini," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, pemilik akaun media sosial X, @meinmokhtar telah membuat ciapan mengenai dakwaan terbabit, namun ciapan berkenaan telah dipadam.
Muralitharan berkata semua kit ujian kendiri COVID-19 hanya menggunakan sampel air liur atau calitan hidung dan tekak sahaja, bukannya menggunakan sampel air, sebarang makanan atau cecair lain.
"Jika kit ujian kendiri digunakan dengan betul, ia mampu membantu kita mengesan COVID-19 dan mengekang penularan wabak ini," katanya.
Beliau berkata kaedah ujian yang disahkan dan mengikut panduan profesional penjagaan kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam amat penting apabila melibatkan ujian COVID-19.
"Sebarang penyebaran maklumat yang salah dengan menyalahgunakan peranti perubatan yang disengajakan semasa penularan COVID-19 adalah tidak bertanggungjawab dan membahayakan kesihatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Minuman berkarbonat mengandungi pelbagai sebatian dan bahan, tetapi ia tidak mengandungi komponen virus atau bahan genetik tertentu yang direka bentuk untuk dikesan oleh kit ujian kendiri COVID-19. - Gambar hiasan
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.