Bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang peranan dalam kes bunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Dalam kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata tiada pada bila-bila masa semasa proses perundangan komprehensif itu nama Perdana Menteri ada disebut dan dipersalahkan dalam apa-apa cara.
Beliau menjawab tuduhan dilemparkan oleh "pihak dan individu tertentu dalam media cetak dan elektronik" yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes bunuh Altantuya.
Mohamed Apandi berkata: "Kaitan paling kecil yang ada hanyalah Abdul Razak Abdullah aka Razak Baginda meminta bantuan daripada aide-de-camp atau pengawal peribadi Perdana Menteri ketika itu DSP Musa Safri, untuk mendapatkan seorang pegawai polis bagi membantunya berhubung perkara peribadi. DSP Musa kemudiannya telah meminta seorang daripada tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri, untuk berjumpa Razak Baginda.
"Oleh itu, cubaan oleh pihak dan individu yang disebut di atas untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan kes bunuh itu adalah benar-benar tidak berasas.
Mohamed Apandi juga berkata Azilah telah memberikan keterangan bahawa DSP Musa tidak memainkan peranan lain atau memberikan sebarang arahan berhubung perkara itu.
Beliau berkata DSP Musa juga telah ditawarkan kepada pihak pembelaan sebagai saksi.
BACA: PMO beri respon kepada Al Jazeera berhubung laporan kes bunuh Altantuya
BACA: Dokumentari Al Jazeera berdasarkan khabar angin , tiada bukti kukuh - Salleh
BACA: 'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan
Beliau menegaskan perbicaraan kes bunuh Altantuya dijalankan secara komprehensif dan semua saksi relevan telah dipanggil memberi keterangan.
"Setiap bukti dan keterangan saksi-saksi juga telah diteliti dengan mendalam oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," kata Peguam Negara.
Katanya seorang lagi tertuduh L/Koperal Sirul Azhar Umar, dalam kenyataannya dari dalam kandang tertuduh juga tidak mengaitkan orang lain dan hanya membabitkan Razak Baginda sahaja dan sepanjang episod itu beliau bertindak atas arahan Azilah.
Mohamed Apandi juga berkata penyiasat persendirian, mendiang P.Balasubramaniam, juga tidak pernah menyebut tentang sebarang peranan dimainkan oleh Perdana Menteri, sama ada dalam kenyataannya kepada polis atau dalam keterangannya di mahkamah.
Bernama
Tue Sep 15 2015
Mohamed Apandi menjawab tuduhan dilemparkan oleh "pihak dan individu tertentu dalam media cetak dan elektronik" yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes bunuh Altantuya. - Gambar Fail
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.