KUALA LUMPUR: Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron COVID-19 mampu membina imuniti daripada wabak itu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu belum dibuktikan kesahihannya menerusi mana-mana kajian saintifik.
"Tidak kira varian apa. Omicron ke, Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat COVID-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu kepada mereka yang mendapat (COVID-19) sama ada mereka divaksinasi atau tidak.
"Yang kedua kita tidak tahu long COVID-19. Hari ini mungkin kita kata Omicron ini lebih mild berbanding Delta, jadi kenapa kita semua dijangkiti dengan Omicron supaya kita dapat imuniti kelompok dan sebagainya.
"Itu tidak terbukti lagi. Kita tahu Omicron milder tetapi ia tidak bermakna yang anda perlu dijangkitinya," katanya pada sidang media ketika diminta mengulas berhubung laporan berita antarabangsa yang menyatakan varian Omicron itu mampu membina imuniti kelompok dalam masyarakat disebabkan keadaan transmisinya yang tinggi.
Terdahulu beliau merasmikan Inisiatif Mengakhiri AIDS melalui kerjasama Pintar GO-NGO Model KK 2.0 peringkat kebangsaan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Khairy menasihati orang ramai untuk terus mendapatkan dos penggalak.
Dalam pada itu, katanya, KKM menjangkakan akan berlaku peningkatan kes pada bulan ini dan Februari depan susulan beberapa sambutan terbesar termasuk Thaipusam, Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah yang panjang.
Umavathi Ramayah
Sun Jan 16 2022

Khairy Jamaluddin menasihati orang ramai untuk terus mendapatkan dos penggalak. - Gambar BERNAMA

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Beberapa jalan utama di P.Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini
Penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.

Anwar mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diselesaikan guna 'fast track'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.

Remaja mati otak selepas bergaduh di perlawanan bola sepak
Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.

Merancakkan enrolmen prasekolah dengan meluaskan akses pendidikan awal
Malaysia terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam meluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak, walaupun berdepan cabaran besar pandemik COVID-19.

'Along tunaikan janji jaga kami hingga akhir hayat'
Selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dua tahun lalu, kini empat beradik yatim piatu diuji sekali lagi apabila abang sulung pula meninggal dunia akibat kemalangan.

COVID-19: Status peralihan fasa akan dinilai semula - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata semakan tersebut akan turut mengambil kira garis panduan yang diberikan oleh WHO dan kes jangkitan COVID-19 dalam negara.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Malaysia akan berjuang tentang amalan perdagangan diskriminasi sektor komoditi tani - Fadillah
Kerajaan akan berjuang menentang sebarang amalan perdagangan bersifat diskriminasi terhadap sektor komoditi tani, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

PM Lee kembali bertugas selepas pulih daripada COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kembali bertugas hari ini, selepas ujian saringan COVID-19 menunjukkan keputusan negatif.

Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

LIMA'23 sedia platform terbaik, beri nafas baharu industri maritim, aeroangkasa - Loke
LIMA '23 akan menyediakan satu daripada platform antarabangsa terbaik untuk memberikan nafas baharu industri maritim dan aeroangkasa.