awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli

Bernama
Bernama
27/06/2024
09:40 MYT
Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli
Zulkifli berkata siasatan TH mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada bukti yang mengesahkan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) telah digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Beliau berkata siasatan TH sebaliknya mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer.
"Mereka diperdaya melalui pelbagai cara antaranya tawaran pulangan pelaburan yang tinggi, menekan pautan fail aplikasi (APK), memberi kata laluan dan kod TAC (kod pengesahan transaksi) semasa dihubungi scammer," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai kehilangan wang dalam akaun simpanan TH.
Zulkifli berkata setakat 31 Mei lepas, TH menerima 222 aduan pendeposit yang menjadi mangsa penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM609,464.
"TH sentiasa berkerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat sebarang kes yang dilaporkan.
"Namun begitu, sekiranya kehilangan wang itu adalah akibat kecuaian pendeposit sendiri dalam melindungi akuan yang membolehkan scammer melakukan transaksi, maka TH tidak boleh membuat ganti rugi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#THiJARI
#pendeposit kehilangan wang simpanan
#mangsa scammer
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan